Pages

Ads 468x60px

Klik-klik Nuffnang Ads

Featured Posts

Thursday, November 1, 2012

ipad mini dan samsung galaxy note II


Apakah asas pemilihan anda bila hendak membeli handphone? Berdasarkan jenama kah? Harga kah? Aplikasi kah? Saiz kah? Warna kah?

Kalau saya sendiri lebih cenderung kepada jenama terlebih dahulu, kemudian bentuk nya termasuk saiz dan berat, lepas tu baru tengok harga, kalau mampu boleh lah beli, kalau tak mampu, tengok jer lah.. heheheh... Saya tak berapa nak fikir sangat pasal aplikasi sebab handphone zaman sekarang ni, terutamanya smart phone memang sangat lah banyak aplikasi yang boleh digunapakai. Kalau beli model terbaru, bermakna lagi baru dan canggih lah aplikasi yang diletakkan dalam handphone tu. 

Setakat ni saya jarang sangat beli handphone sendiri, selalunya my hubby yang belikan. Dulu memang guna sony ericsson. The whole family memang guna sony ericsson. Lepas tu tiba2 my hubby start guna blackberry. Dia pun belikan saya handphone blackberry jugak. Boleh lah kami ber-BBM berdua. Skrg my hubby dah tukar handphone dan dalam family dah ada bermacam jenis handphone... hu hu hu...

Handphone Blackberry 9360 yang ada sekarang ni dah nak masuk 1 tahun, so mula lah terasa gatal untuk minta handphone baru. So, saya pun dok usha2 handphone terkini dan memang macam berkenan dengan dua model baru ni - Samsung Galaxy Note II dan ipad mini, TETAPI!!! Adalah sangat tidak adil kalau nak compare dua gadget ini sebab satu tu smart phone dan lagi satu tu tablet.... kenapa lah dengan saya ni kan? kalau nak compare kena lah yang sama taraf atau sekurang-kurangnya sama jenis...

Saya ni dah terbayang-bayang dah dapat handphone baru. My hubby kata boleh kalau nak dia beli kan handphone baru tapi dia nak suruh amik iphone4S. Sebenarnya saya teringin tablet phone, maknanya ia tablet tapi boleh berfungsi sebagai handphone, boleh buat dan terima panggilan, macam Galaxy Tab.

So, tepuk dada, tengok kocek dulu ye, tengok ada berapa RM sebelum decide nak beli gadget yang mana satu... jom baca cerita pasal gadget ni yang saya ambil dari keratan akhbar.............






SYARIKAT Apple melancarkan iPad mini secara besar-besaran di San Jose, California, Amerika Syarikat (AS) pada 23 Oktober lalu. Apa yang menarik, iPad mini lebih kecil senipis pensil 7.2mm. Ia dilancarkan hanya selepas setengah tahun iPad generasi ketiga dilancarkan.
Menurut jurucakap Apple, iPad mini amat ringan seperti kertas. Harganya pula AS$329 (RM987).
Perbezaannya, skrin iPad mini berukuran 7.9 inci apabila diukur secara diagonal.
Ini menjadikannya lebih lebar berbanding skrin 7 inci Kindle atau Nexus 7 dan sesuai diletakkan di dalam kocek. Skrin baru ini mempunyai resolusi 1024 x 768 bagi membolehkan semua perisian yang direka sebelum ini untuk iPad digunakan. Tetapi ia tidak menyokong paparan retina yang terdapat pada generasi terkini yang lain.
Bagaimanapun apa yang pengguna boleh lakukan pada iPad sebelum ini boleh dilakukan pada iPad mini dan sebaliknya. iPad mini diperbuat daripada aluminium bukan seperti Nexus 7 Google yang diperbuat daripada plastik. iPad baru ini mempunyai cip dual core A5 selain FaceTime HD dan kamera 5MP iSight. Apple juga akan menjual versi iPad dengan 32 dan 64 GB manakala versi Wi-Fi akan dijual di AS pada 2 November akan datang. Menurut jurucakap Apple, iPad mini mempunyai hayat bateri sehingga 10 jam selain 275,000 aplikasi dalam App. Store. MacBook Pro 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Megabait/20121028/me_01/Apple-dengan-iPad-mini-terkini#ixzz2Aqrabgah
© Utusan Melayu (M) Bhd 








Model Galaxy Note II dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Rosdan Wahid



Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd melancarkan Galaxy Note II, telefon pintar tablet generasi kedua di Malaysia. 

Ketua Bahagian Telefon Mudah Alih, Vincent Chong Weng Kai, berkata pelancaran Galaxy Note II pada suku terakhir tahun kewangan ini dijangka dapat melonjakkan prestasi jualan keseluruhan tahun ini. 

Katanya, sasaran itu disandarkan kepada sambutan menggalakkan yang diraih generasi pertama peranti pintar itu di pasaran tempatan sebelum ini. 


"Kami menyasar jualan telefon pintar terbaru ini akan meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding jualan yang dicatatkan Galaxy Note generasi pertama. 

"Prestasi jualan kami di Malaysia bagi sembilan bulan pertama terus kukuh dan kami yakin segmen telefon mudah alih akan kekal menyumbang jualan yang besar kepada syarikat tahun ini," katanya selepas pelancaran Galaxy Note II di sini, semalam. 

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Urusan, Kwon Jae Hoon. 
Galaxy Note II yang mula dijual di Malaysia 19 Oktober ini didatangkan dengan harga runcit RM2,299.
Telefon pintar itu yang menggunakan platform sistem operasi Android Google dipacu pemproses empat teras 1.6 GHz itu, berupaya melancarkan pelbagai aplikasi serentak dengan lebih pantas berbanding telefon pintar generasi pertama sebelum ini. 

Peranti terbaru itu didatangkan dalam saiz 15.1 sentimeter (cm) x 8 cm x 9.4 cm, menampilkan skrin sesentuh 5.5 inci HD Super AMOLED, yang membolehkan pengguna memisahkan skrin kepada dua bahagian bagi melancarkan dua program serentak. 

Galaxy Note II yang kali pertama dilancarkan ketika pameran elektronik terbesar di Berlin, Ogos lalu, akan berada di pasaran 128 negara termasuk Amerika Syarikat, negara di mana Samsung kalah dalam kes paten dan perlu membayar denda AS$1.05 bilion kepada Apple.





Tuesday, October 30, 2012

Kao Mo Ji: Japanese Emoticon


Penggunaan Japanese Emoticon ni sebenarnya dah lama dan saya sekadar nak share di sini. Japanese emoticon ni basically emoticon yang dipopularkan oleh orang jepun. Emoticon jenis ini me-manipulasi-kan bentuk mata dan mulut untuk menyampaikan maksud emoticon tersebut. 

Kaomoji membawa maksud: Kao =wajah dan moji=huruf, jadi kaomoji adalah kombinasi wajah dan huruf! Contohnya kalau mata digambarkan dengan huruf x seperti (x_x) maknanya STRESS. Kalau nak tunjuk mata terbeliak tu gunalah huruf O seperti (o_o) maknanya TERKEJUT, kalau macam ni (O_O) maknanya TERKEJUT BERUK... hahahah... boleh percaya ke saya dok merepek bukan2 ni...  

Contoh japanese emoticon yang saya tulis tu tak ada lah pulak dalam senarai emoticon di bawah ni. Yang ini memang saya cilok dari web. Dah letak link tu kira ok lah kot, bukan cetak rompak namanya tapi cetak jer.... ho ho ho...






(^_^)
The basic smiley face (egao). Note that it is made with a straight line for the mouth because there are no keyboard characters that curve up.

(;_;)
A crying face (naki). The semicolons represent eyes with teardrops coming out of them.

(^_^;)
Nervousness (hiyaase). The semicolon represents beads of sweat.

(*^_^*)
Blushing and happy (niko!). The asterisks represent blush marks.

(^_^;>)
Embarrassment (hazukashii). This one is a little difficult to understand, but the "greater than" sign represents your bent arm as you scratch your head, something that Japanese people often do when they are self-conscious.

(^_^)b
Thumbs up.

m(__)m
I'm sorry/Thank you (gomen nasai/arigatou). This symbol depicts a person doing a seated bow. The "m's" are hands and the brackets and underscores are the top of the head rather than a face.

(-_-)zzz

I'm tired (nemui).

(*_*)
Surprise or shock (maitta).

(>_<)

Pain/failure (itami or shippai). The "greater than/less than" signs represent your eyes shut tight as you grimace in agony.

(^_^)V

Peace/Good news (niko).

(^0^)

Happiness (ureshii).

(^_^)/~

Bye Bye (bai bai). The slash and tilde represent your arm waving a handkerchief.

(^_-)

Wink (uinku).

(^3^)

Kiss (chu)

p(^^)q
Good luck/Go for it (gambatte). The "p" and "q" represent your clenched fists held in front of you.



Japanese emoticon ni pun ada pelbagai versi. So, kalau kalian ada emoticon yang menarik nak share kat sini, sangat lah dialukan >>> jawablah komen saya dengan emoticon jugak, boleh? (・_・?)

Sunday, October 28, 2012

Iron Man 3 akan datang 2013

Kalau anda peminat filem-filem yang diterbitkan berdasar dari komik MARVEL pasti kalian rasa teruja yang amat sangat kerana filem terbaru IRONMAN3 akan ditayangkan tahun hadapan!!! Saya  memang sangat excited. Tak sabar rasanya.


Berita mengenai filem ini telah disiarkan di sini. Kalau nak baca lagi pasal filem ni, boleh baca di sini.

Snapshot penggambaran IronMan3


Sumber: sini


Dikhabarkan ironman atau tony stark (lakonan Robert Dawney Jr.) akan berhadapan musuh yang menggunakan nanoteknologi. Salah seorang saintis dalam kerja-kerja nanotek tersebut adalah kawan lama tony stark yang telah membocorkan rahsia mengenai penyalahgunaan nanotek. Demi untuk melawan musuh2 yang sangat kuat dengan kuasa nanotek, tony stark telah meminta agar diri beliau sendiri juga diberikan suntikan nanotek itu. Lebih kurang macam spiderman3 jugak, dalam ironman3 ni tony stark akan menunjukkan 'belang' sebenar beliau. Ha... lebih kurang begitu lah plot cerita, entah betul entah tidak saya tulis kat sini.


Iron Man dikhabarkan ada baju baru yang patriotik lah sangat....


Sumber: sini

Ada juga sumber yang mengkhabarkan kemungkinan besar tony stark akan mati dalam movie ini. Girlfriend tony stark, ms pepper pott (lakonan Gwyneth Paltrow) juga akan berhadapan dengan ancaman dari musuh-musuh ironman. Kalau dalam cerita superman, wartawan dan girlfriend superman, Lois Lane yang sering jadi sasaran musuh superman, dalam movie ni, ms pott lah yang akan jadi target musuh ironman. Mungkin tony akan sanggup berkorban nyawa untuk ms pott? Sama-samalah kita tunggu tayangan filem iranman3 ini di pawagam yang dijangkakan pada tahun hadapan, kalau di US, tayangan nya adalah dalam bulan mei 2013. Kalau kat malaysia tak tahu lah...

Saya juga tak sabar nak tengok filem2 lain yang berkaitan dengan team AVENGERS. Tak jemu betul tengok movie ni, boleh tengok dan tengok lagi.....





Bila lagi nak keluar movie pasal Black Widow atau Natasha Romanoff yang seksi sangat, lawa dan sangat pandai giler berlawan tu? Bila nak keluar movie pasal Hawk Eye yang kalau memanah tak pernah tersasar tu? Saya nak tengok saya nak tengok saya nak tengokkk.....

Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha









Selamat Hari Raya Aidiladha














Tahun ini syukur Alhamdulillah dapat buat korban 1 bahagian pada 29/10/2012.
*bahagian saya adalah lembu ke 12, bahagian yang ke-7*


Wednesday, October 24, 2012

Jualan Gudang Barang Sukan dan Makan Seafood



Sabtu lepas kami sekeluarga nak pergi shopping barang sukan di jualan gudang di Harbour Place,  Klang. Tapi rupa2 nya dah tersalah tengok tarikh, sales hanya bermula pada 25hb. Oktober... cheh... Alang2 dah sampai kami pun masuk lah ke dalam shopping complex tu. Masuk jer terus nampak Daiso. Apa lagi, mesti lah nak masuk tengok macam mana rupa kedai Daiso ni… Ni first time lah aku masuk Daiso (status=jakun). Best tau masuk kedai ni, macam-macam ada. Mostly cute-mute punya barang (dah tau dah barang jepun mesti cute –mute kan? Macam org nyer jugak). Semua benda dalam kedai Daiso ni berharga RM5. So, saya pun dah menyambar 5 barang yang cute-mute dari kedai ini. Gambar? Oh sorry lah, tak yah lah letak gambar… hmm… bukan special pun barang yang dibeli, cuma kebetulan dah jumpa kat sini, terus jer beli… heheheh… 

Dari kedai Daiso, kami pergi pulak ke satu tempat makan ikan bakar yang femes di area port klang ni…. Hmm… tapi malas nak sebut nama kedai tu di sini sebab bila baca review pasal tempat tu, semua nya mesti bagi fabulous, fantastic dan bombastic nyer review pasal makanan kat situ. Sebenarnya saya rasa terkilan sebab ikan dan sotong yang kami order memang sedap sebab fresh, tapi tu kalau rasa seafood tu lah. Masalahnya kuah atau masakan seafood tu yang tak berapa menjadi. Ikan masak tiga rasa tu cuma ada satu rasa jer, nasib baik lah ikan tu manis dan segar, so boleh lah makan. Sotong goreng tepung pulak jadi macam sotong cucur tepung yang cucur nya tanggal. Sotong yang segar dan manis tu mungkin digoreng terlebih masa, dah jadi liat. Kami suka sotong goreng tepung, so kami amik sotong tu banyak-banyak. Memang stress nak habis kan sedulang sotong goreng tepung liat! Sambal air asam dan sambal cili yang datang dengan lauk2 tu tak sedap pun… hmm… ke aku sorang jer yang kata tak sedap… adoi… moral of the story? kalau sedap di tekak orang belum tentu sedap di tekak kita... ho ho ho....

eh eh eh... hari ni patut wordless wednesday kan... gambar makan kat seafood pun takde, so layan gambar lain boleh kot...



  Ni semua hasil kerja tangan my son, Hariz





boat and seashore