Pages

Ads 468x60px

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, November 1, 2012

ipad mini dan samsung galaxy note II


Apakah asas pemilihan anda bila hendak membeli handphone? Berdasarkan jenama kah? Harga kah? Aplikasi kah? Saiz kah? Warna kah?

Kalau saya sendiri lebih cenderung kepada jenama terlebih dahulu, kemudian bentuk nya termasuk saiz dan berat, lepas tu baru tengok harga, kalau mampu boleh lah beli, kalau tak mampu, tengok jer lah.. heheheh... Saya tak berapa nak fikir sangat pasal aplikasi sebab handphone zaman sekarang ni, terutamanya smart phone memang sangat lah banyak aplikasi yang boleh digunapakai. Kalau beli model terbaru, bermakna lagi baru dan canggih lah aplikasi yang diletakkan dalam handphone tu. 

Setakat ni saya jarang sangat beli handphone sendiri, selalunya my hubby yang belikan. Dulu memang guna sony ericsson. The whole family memang guna sony ericsson. Lepas tu tiba2 my hubby start guna blackberry. Dia pun belikan saya handphone blackberry jugak. Boleh lah kami ber-BBM berdua. Skrg my hubby dah tukar handphone dan dalam family dah ada bermacam jenis handphone... hu hu hu...

Handphone Blackberry 9360 yang ada sekarang ni dah nak masuk 1 tahun, so mula lah terasa gatal untuk minta handphone baru. So, saya pun dok usha2 handphone terkini dan memang macam berkenan dengan dua model baru ni - Samsung Galaxy Note II dan ipad mini, TETAPI!!! Adalah sangat tidak adil kalau nak compare dua gadget ini sebab satu tu smart phone dan lagi satu tu tablet.... kenapa lah dengan saya ni kan? kalau nak compare kena lah yang sama taraf atau sekurang-kurangnya sama jenis...

Saya ni dah terbayang-bayang dah dapat handphone baru. My hubby kata boleh kalau nak dia beli kan handphone baru tapi dia nak suruh amik iphone4S. Sebenarnya saya teringin tablet phone, maknanya ia tablet tapi boleh berfungsi sebagai handphone, boleh buat dan terima panggilan, macam Galaxy Tab.

So, tepuk dada, tengok kocek dulu ye, tengok ada berapa RM sebelum decide nak beli gadget yang mana satu... jom baca cerita pasal gadget ni yang saya ambil dari keratan akhbar.............






SYARIKAT Apple melancarkan iPad mini secara besar-besaran di San Jose, California, Amerika Syarikat (AS) pada 23 Oktober lalu. Apa yang menarik, iPad mini lebih kecil senipis pensil 7.2mm. Ia dilancarkan hanya selepas setengah tahun iPad generasi ketiga dilancarkan.
Menurut jurucakap Apple, iPad mini amat ringan seperti kertas. Harganya pula AS$329 (RM987).
Perbezaannya, skrin iPad mini berukuran 7.9 inci apabila diukur secara diagonal.
Ini menjadikannya lebih lebar berbanding skrin 7 inci Kindle atau Nexus 7 dan sesuai diletakkan di dalam kocek. Skrin baru ini mempunyai resolusi 1024 x 768 bagi membolehkan semua perisian yang direka sebelum ini untuk iPad digunakan. Tetapi ia tidak menyokong paparan retina yang terdapat pada generasi terkini yang lain.
Bagaimanapun apa yang pengguna boleh lakukan pada iPad sebelum ini boleh dilakukan pada iPad mini dan sebaliknya. iPad mini diperbuat daripada aluminium bukan seperti Nexus 7 Google yang diperbuat daripada plastik. iPad baru ini mempunyai cip dual core A5 selain FaceTime HD dan kamera 5MP iSight. Apple juga akan menjual versi iPad dengan 32 dan 64 GB manakala versi Wi-Fi akan dijual di AS pada 2 November akan datang. Menurut jurucakap Apple, iPad mini mempunyai hayat bateri sehingga 10 jam selain 275,000 aplikasi dalam App. Store. MacBook Pro 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Megabait/20121028/me_01/Apple-dengan-iPad-mini-terkini#ixzz2Aqrabgah
© Utusan Melayu (M) Bhd 








Model Galaxy Note II dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Rosdan Wahid



Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd melancarkan Galaxy Note II, telefon pintar tablet generasi kedua di Malaysia. 

Ketua Bahagian Telefon Mudah Alih, Vincent Chong Weng Kai, berkata pelancaran Galaxy Note II pada suku terakhir tahun kewangan ini dijangka dapat melonjakkan prestasi jualan keseluruhan tahun ini. 

Katanya, sasaran itu disandarkan kepada sambutan menggalakkan yang diraih generasi pertama peranti pintar itu di pasaran tempatan sebelum ini. 


"Kami menyasar jualan telefon pintar terbaru ini akan meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding jualan yang dicatatkan Galaxy Note generasi pertama. 

"Prestasi jualan kami di Malaysia bagi sembilan bulan pertama terus kukuh dan kami yakin segmen telefon mudah alih akan kekal menyumbang jualan yang besar kepada syarikat tahun ini," katanya selepas pelancaran Galaxy Note II di sini, semalam. 

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Urusan, Kwon Jae Hoon. 
Galaxy Note II yang mula dijual di Malaysia 19 Oktober ini didatangkan dengan harga runcit RM2,299.
Telefon pintar itu yang menggunakan platform sistem operasi Android Google dipacu pemproses empat teras 1.6 GHz itu, berupaya melancarkan pelbagai aplikasi serentak dengan lebih pantas berbanding telefon pintar generasi pertama sebelum ini. 

Peranti terbaru itu didatangkan dalam saiz 15.1 sentimeter (cm) x 8 cm x 9.4 cm, menampilkan skrin sesentuh 5.5 inci HD Super AMOLED, yang membolehkan pengguna memisahkan skrin kepada dua bahagian bagi melancarkan dua program serentak. 

Galaxy Note II yang kali pertama dilancarkan ketika pameran elektronik terbesar di Berlin, Ogos lalu, akan berada di pasaran 128 negara termasuk Amerika Syarikat, negara di mana Samsung kalah dalam kes paten dan perlu membayar denda AS$1.05 bilion kepada Apple.





29 comments:

  1. buat masa ni x rasa nak guna tpon yg canggih2 sgt..yg ada ni pun dah berbaloi2 :))

    ReplyDelete
  2. tak pernah tukar hp sejak dapat anak guna n73 jer..hehehe ni pun dah rosak , nak ckp kena buat louspeaker..tp mcm best lak ipad mini tu :)

    ReplyDelete
  3. Saya adalah pengguna Samsung Galaxy Note dan sangat bahagia dengan pilihan yg dibuat:)

    ReplyDelete
  4. bg na samsung is more better~!!!!! ;D

    ReplyDelete
  5. HADOI kak...mmg tak tekejar laaa dgn gajet2 nie....tapi tu la, berkenan gak tgk....lieya pengguna apple....dari phone sampai la imac...mmg sofar puas hati...tapi tgk org lain pakai samsung mcm best gak...rase nak gak note II tu heheeh kene gosok hubby lebih ni hahaahahaah

    ReplyDelete
  6. assalam kakni..tengok harga pengsan acik..nak kena tunggu murah la kalaub teringin sangat..tapi masaaalahnya kalau canggih2 sangat acik jugak yang pening.kalau muda2 macam kakni tak pe..cepat belajar..

    ReplyDelete
  7. Salam Ahni...atie pon HP nokia jer,itupon HB hadiahkn masa besday tahun lps.Tak kisah brand apapon..yg penting atie dpt dail/htr mesej :D

    ReplyDelete
  8. Salam KakNi,
    camni kena buat cabutan la. tulis kat kertas pastu gulung2 dan pilih satu. boleh kot? umi pun tgh fikir ni nak beli ipad ni hehehe. dah lama dah fikir, sejak tahun lepas lg :p

    ReplyDelete
  9. saya masih guna iphone lama, hubby punya dulu.. sbb dia beli yg baru last year.. sejak kawin guna yg second hand je.. malas nak kisah asal function yg suka ada dalam tu.. hehehee....

    ReplyDelete
  10. Salam Kenal Sis..

    Sekarang ni memang dah bermacam gadjet ada di pasaran. Pengguna perlu menentukan pilihan kerana pengeluar telefon bimbit ni sebenarnya mereka sudah mempunyai beberapa produk baru untuk di launch kan aje. Memang boleh rambang mata.

    Apa2 pon DONE FOLLOW!

    Style Me Gorgeous By Qashmere

    Blog Qashmere

    Take Care Sis...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kakni...seronok nyer kalau dpt gadjet yg terbaru mcm ni ....:)

    ReplyDelete
  12. gadget skarang canggih2..
    tp lya still gna hp lama.. sbb skadar nk sms & call

    ReplyDelete
  13. Dah tepuk-tepuk poketlah tu CikNi tahu sebab itu nak tukar yg baru ye:) Kakak kalau canggih sangat bimbang tak tahu nak guna pulak CikNi.

    ReplyDelete
  14. kadang2 asmpai ketinggalan keta api pon yer bab gadjet2 ni
    :D

    tapi saya suka galaxy note kot;D

    ReplyDelete
  15. saya x kesah sangat kak pasal gadget ni...pakai xperia ray slim ni pun sebab hp seblum ni nazak sangat dah...

    ReplyDelete
  16. ada duit , semua boleh beli

    ReplyDelete
  17. ehem canggihnya teknologi..wah KN tapau satu ek dr kedai.. ;)

    ReplyDelete
  18. Saya dh pakai Note, mmg best..note 2 lg best..hehe

    **Jk sudi, jom support saya dlm Contest iPhone 5 Gadget Impian..

    1. Klik Entri Contest iPhone 5 Gadget Impian
    2. Klik butang G+1 (Google Plus)

    ReplyDelete
  19. Salam.. Kak Ni, bila membeli gajet kena ikut kemampuan masing2.. Sekarang Nur guna Galaxy SIII.. :)

    ReplyDelete
  20. Kakak datang ziarah nie.

    p/s: Motor tu masa booking bayar RM500/- dah dapat semalam bayar lagi RM3300/- aje Cik Ni. Kakak booking nombor cuma kena bayar RM200/-

    ReplyDelete
  21. Skrang semuanya dah maju.. Macam gadget dah ade, yang penting kemampuan diri sendiri.. :)

    ReplyDelete
  22. Lama tak menulis.. CikNi sihat ke?

    ReplyDelete
  23. wak punye iPhone 4G pon masih oke lagikk.,iHIkks

    ReplyDelete
  24. assalam, salam ukhuwah dari BUNDA...

    ReplyDelete
  25. Nak membei tengok poket dulu. poket teba apa salahnya.

    ReplyDelete
  26. mehe'

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  27. kakni , saya ingat tersilap masuk kat sini. entry bulan nov 12. biar betul.
    cepat kak ni godek story baru

    ReplyDelete